Thursday 4 December 2014

Antara gambar peralatan yang digunakan dalam proses mencating batik. peralatan yang digunakan seperti canting,damar,.urea,soda ash dan sodium silicate.
Gambar rajah 0.1 : peralatan mencanting seperti canting dan lilin

Gambar rajah 0.2 : bahan pewarna sintetik yang digunakan dalam industri batik

Gmabar rajah 0.3 : urea yang digunakan yang dicampurkan ke dalam larutan pewarna sintetik

Gambar rajah 0.4 :soda ash yang dicampur dalam larutan pewarna sintetik untuk mengekalkan warna pada batik

Gambar rajah 0.5 : sodium silicate digunakan selepas batik diwarnakan untuk mematikan warna dalam batik
Hasil daripada kaedah celup ke dalam larutan cecair pelbagai bahagian pokok senduduk mengeluarkan warna yang berbeza berdasarkan penggunaan bahan pemati seperti tawas, limau, cuka dan alum. Kain yang digunakan dalam teknik celup ini dengan menggunakan kain sutera asli. 
Gambar rajah 0.1 : kain sutera hasil daripada larutan cecair daun pokok senduduk

Gambar rajah 0.2 : kain sutera hasil daripada larutan cecair bunga pokok senduduk  

Gambar rajah 0.3 : kain sutera hasil daripada larutan cecair buah pokok senduduk

Gambar rajah 0.4 : kain sutera hasil daripada larutan cecair ranting pokok senduduk 
Aktiviti merebus pelbagai bahagian pokok senduduk seperti bunga, daun, ranting, dan buah untuk mendapatkan pewarna seterusnya dicelup ke dalam kain bagi mengenalpasti warna yang dihasilkan dengan menggunakan bahan pemati seperti alum, tawas, limau, dan cuka. 
Gambar rajah 0.1 : bunga senduduk yang telah direbus ,menghasilkan warna coklat kehitaman

Gambar rajah 0.2 : Buah senduduk yang direndam selama 3 jam untuk mengeluarkan warna sebelum direbus

Gambar rajah 0.3 : bauah senuduk yang telah direbus menghasilakan warna coklat muda

Gambar rajah 0.4 : ranting pokok senduduk yang telah ditumbuk dan direndam selama 3 jam untuk mendapatkan warna

Gambar rajah 0.5 : warna yang dihasilkan daripada proses merebus daun yang sebelum itu telah ditumbuk dan direndam selama 3 jam 
Saya telah membeli pelbagai jenis kain sebagai sample untuk PTA saya. Antara jenis kain yang saya beli seperti kain sutera, sifon, lyra, satin, dan rayon. kain - kain ini dijual di kedai Salleh Ahmad, india street, Kuching. Setiap kain yang dibeli akan memberi warna dan tekstur yang berbeza mengikut jenis bahagian pokok senduduk yang digunakan.
Antara jenis kain yang diambil :

Gambar rajah 0.1 : kain sutera

Gambar rajah 0.2 : kain jenis satin
Gambar rajah 0.3 : kain jenis sifon

Gambar rajah 0.4 : kain jenis rayon

Gambar rajah 0.5 : kain jenis lcyra 

Wednesday 26 November 2014

Kaedah mencelup warna menggunakan bahan semulajadi untuk kelas pengkhususan saya iaitu GKL 3153 Colour Coordination and Technique di bawah pengendalian Prof. Madya Dr.June NGo Siok Kheng. Kami diberikan tugasan untuk mencelup pelbagai jenis kain ke atas cecair pewarna asli menggunakan bahan semula jadi  seperti kulit jering, keledek oren, pucuk gajus dan daun kari. proses ini dibantu dengan mengunakan bahan pemati bagi mendapatkan hasil warna pada kain yang digunakan. Kaedah ini akan saya gunakan dalam Projek Tahun Akhir (PTA) tetapi menggunakan pokok senduduk untuk mendapatkan cecair pewarna asli dan seterusnya diaplikasikn ke atas rekaan batik. Antara kain yang saya gunakan ilah sutera, rayon, jaquard dan sebagainya
Antara gambar yang diambil semasa proses mencelup kain dalam cecair pewarna asli :



Gambar rajah 0.1 : aktiviti merebus pucuk gajus dan sebelum itu daun tersebut ditumbuk bagi mendapatkan warna.

Gambar rajah 0.2 : aktiviti merebus kulit jering yang menghasilkan warna coklat kehitaman 

Gambar rajah 0.3 : bahan pemati seperti alum, limau, kapur dan tawas yang digunakan untuk mendapatkan warna

Gambar rajah 0.4 : kain yang telah dicelup mengikut jenis bahan pemati bagi mendapatkan pewarna yang berlainan

                 
Pokok senduduk atau nama saintifiknya M.candidum ialah sejenis pokok renek yang bercabang dan sering mengeluarkan buah semasa kecil. Buah senduduk ini berwarna keunguan. Batang pokok ini pula berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus manakala daunnya mempunyai permukaan yang kasr di bahagian bawah daun. Senduduk ini juga dikenali sebagai rumpai darat yang tumbuh liar di kawasan terbiar. Pokok senduduk ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional terutamanya di dalam dan luar negara.
Tumbuhan ini sebenarnya boleh dieksplorasikan sebagai pewarna asli yang boleh dikormesialkan ke pasaran. Hal ini kerana permintaan terhadap pewarna sintetik dalam industri batik semakin meningkat. Justeru diharapkan penyelidikan yang saya lakukan ini dapat membantu pengusaha-pengusaha di luar sana mengurangkan kos dan menjimatkan masa dalam penghasilan batik. 




Gambar rajah 0.1 : Gambar buah senduduk
(URL : mylittlevegetablegarden.blogspot.com)

Gambar 0.2 : Gambar pokok senduduk yang berwarna keungguan
(URL : atapnipoh.blogspot.com)


Thursday 13 November 2014

Beberapa gambar yang diambil di sebuah kilang Batik Village iaitu sebuah kilang pemprosesan batik di Balok,Kuantan Pahang.








Gambar rajah 0.1 : Gambar batik yang telah  siap dilukis 

Gambar rajah 0.2 : Gambar sebhagian peralatan untuk mencanting batik.

Gambar rajah 0.3 : gambar kain yang telah siap dicanting sebelum diwarnakan 

Gambar rajah 0.4 : gambar batik yang dilukis menggunakan corak geometri berdasarkan permintaan pelanggan

Gambar rajah 0.5 : pelbagai jenis blok batik yang mempunyai pelbagai corak dan digunakan daqlam batik blok

 PENGENALAN
Warna merupakan suatu nilai tambah yang akan menentukan kebolehupayaan sesuatu barangan tekstil untuk bersaing dipasaran memandangkan warna adalah ciri utama yang boleh menarik minat dan menjadi pilihan para pengguna. Pewarna pada asasnya boleh dibahagikan  kepada dua jenis iaitu pewarna asli dan pewarna sintetik. Kepelbagaian pewarna melalui buah atau sayur-sayuran dapat menggantikan pewarna sedia ada dalam industri tekstil dan fesyen terutamnya batik.
Oleh itu,penyelidik mengambil inisiatif dengan mengeksplorasikan kepelbagaian pewarna asli  dalam penghasilan batik untuk aksesori rumah. Pewarna alami seperti daun inai,daun kari,bayam,ubit bit,kunyit dan sebagainya boleh dijadikan sebagai pewarna asli untuk digunakan dalam pembuatan batik. Bahan ini bukan sahaja kaya dengan khasiat namun mempunyai kelebihan lain iaitu boleh dijadikan sebagai bahan pewarna semula jadi yang boleh diaplikasikan ke atas batik canting.

        Melalui kajian penyelidikan ini,pengkaji ingin mengkaji tentang eksplorasi  kepelbagaian pewarna asli dalam tekstil dengan menggunakan sayur bayam merah. Pewarna sintetik lebih banyak digunakan oleh pengusaha. batik secara tidak langsung mengakibatkan pencemaran air kerana kandungan bahan kimia yang tinggi dalam pewarna sintetik.. Oleh hal yang demikian,pengkaji ingin mengaplikasi kepelbagaian pewarna asli yang bercirikan warna kekal dalam penghasilan batik.