Wednesday 26 November 2014

Kaedah mencelup warna menggunakan bahan semulajadi untuk kelas pengkhususan saya iaitu GKL 3153 Colour Coordination and Technique di bawah pengendalian Prof. Madya Dr.June NGo Siok Kheng. Kami diberikan tugasan untuk mencelup pelbagai jenis kain ke atas cecair pewarna asli menggunakan bahan semula jadi  seperti kulit jering, keledek oren, pucuk gajus dan daun kari. proses ini dibantu dengan mengunakan bahan pemati bagi mendapatkan hasil warna pada kain yang digunakan. Kaedah ini akan saya gunakan dalam Projek Tahun Akhir (PTA) tetapi menggunakan pokok senduduk untuk mendapatkan cecair pewarna asli dan seterusnya diaplikasikn ke atas rekaan batik. Antara kain yang saya gunakan ilah sutera, rayon, jaquard dan sebagainya
Antara gambar yang diambil semasa proses mencelup kain dalam cecair pewarna asli :



Gambar rajah 0.1 : aktiviti merebus pucuk gajus dan sebelum itu daun tersebut ditumbuk bagi mendapatkan warna.

Gambar rajah 0.2 : aktiviti merebus kulit jering yang menghasilkan warna coklat kehitaman 

Gambar rajah 0.3 : bahan pemati seperti alum, limau, kapur dan tawas yang digunakan untuk mendapatkan warna

Gambar rajah 0.4 : kain yang telah dicelup mengikut jenis bahan pemati bagi mendapatkan pewarna yang berlainan

                 

No comments:

Post a Comment