Wednesday 26 November 2014

Pokok senduduk atau nama saintifiknya M.candidum ialah sejenis pokok renek yang bercabang dan sering mengeluarkan buah semasa kecil. Buah senduduk ini berwarna keunguan. Batang pokok ini pula berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus manakala daunnya mempunyai permukaan yang kasr di bahagian bawah daun. Senduduk ini juga dikenali sebagai rumpai darat yang tumbuh liar di kawasan terbiar. Pokok senduduk ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional terutamanya di dalam dan luar negara.
Tumbuhan ini sebenarnya boleh dieksplorasikan sebagai pewarna asli yang boleh dikormesialkan ke pasaran. Hal ini kerana permintaan terhadap pewarna sintetik dalam industri batik semakin meningkat. Justeru diharapkan penyelidikan yang saya lakukan ini dapat membantu pengusaha-pengusaha di luar sana mengurangkan kos dan menjimatkan masa dalam penghasilan batik. 




Gambar rajah 0.1 : Gambar buah senduduk
(URL : mylittlevegetablegarden.blogspot.com)

Gambar 0.2 : Gambar pokok senduduk yang berwarna keungguan
(URL : atapnipoh.blogspot.com)


No comments:

Post a Comment