Thursday 13 November 2014

 PENGENALAN
Warna merupakan suatu nilai tambah yang akan menentukan kebolehupayaan sesuatu barangan tekstil untuk bersaing dipasaran memandangkan warna adalah ciri utama yang boleh menarik minat dan menjadi pilihan para pengguna. Pewarna pada asasnya boleh dibahagikan  kepada dua jenis iaitu pewarna asli dan pewarna sintetik. Kepelbagaian pewarna melalui buah atau sayur-sayuran dapat menggantikan pewarna sedia ada dalam industri tekstil dan fesyen terutamnya batik.
Oleh itu,penyelidik mengambil inisiatif dengan mengeksplorasikan kepelbagaian pewarna asli  dalam penghasilan batik untuk aksesori rumah. Pewarna alami seperti daun inai,daun kari,bayam,ubit bit,kunyit dan sebagainya boleh dijadikan sebagai pewarna asli untuk digunakan dalam pembuatan batik. Bahan ini bukan sahaja kaya dengan khasiat namun mempunyai kelebihan lain iaitu boleh dijadikan sebagai bahan pewarna semula jadi yang boleh diaplikasikan ke atas batik canting.

        Melalui kajian penyelidikan ini,pengkaji ingin mengkaji tentang eksplorasi  kepelbagaian pewarna asli dalam tekstil dengan menggunakan sayur bayam merah. Pewarna sintetik lebih banyak digunakan oleh pengusaha. batik secara tidak langsung mengakibatkan pencemaran air kerana kandungan bahan kimia yang tinggi dalam pewarna sintetik.. Oleh hal yang demikian,pengkaji ingin mengaplikasi kepelbagaian pewarna asli yang bercirikan warna kekal dalam penghasilan batik.         

No comments:

Post a Comment